Ruang - Idea Jubin Lantai Buat Kediaman - Glam Malaysia

Ruang – Idea Jubin Lantai Buat Kediaman

Selain ira batu buatan atau semula jadi sebagai motif, susun reka letak jubin atau lapisan kayu (laminate) mampu mencetuskan sensasi segar di kediaman. Teknik penyusunan jubin yang betul juga boleh mengubah dimensi sesebuah ruang. GLAM Deko bariskan  jenis corak menarik sesuai untuk apa jua jenis konsep kemasan dinding dan lantai kediaman.

Running Bond

Corak paling asas dan mudah untuk dipasang di kediaman. Sambungan jubin atau bata dilakukan di bahagian tengah jubin lantas membentuk akhir sambungan tidak sekata.

Gambar: Pinterest

Herringbone

Susunan blok segi empat tepat mengikut alur tulang ikan hering. Nisbah panjang blok kebiasaanya 2 : 1, 3: 1. Jika merancang menggunakan lantai berlamina, anda perlu menambah sebanyak 25 peratus kos dari kos sebenar. Ini kerana corak jenis ini membuatkan lebih banyak pembuangan papan.

Gambar: Pinterest

Diagonal

Sama seperti susunan Running Bond, corak ini dimulakan pada sudut 45 darjah condong. Ini menjadikan persegi jubin atau kayu berbentuk berlian. Corak jenis ini sesuai untuk mengubah dimensi ruang kecil menjadi lebih besar.

Gambar: Pinterest

Basket Weaves

See also
Ruang - Cipta Ruang Persalinan Glamor

Corak untuk menghiasi dinding dan lantai ini kelihatan seperti anyaman bakul. Sama seperti herringbone, corak ini menggunakan blok berbentuk segi empat tepat dan mudah untuk dipasang. Gunakan corak ini untuk cetusan gaya klasik era 1900-an dan cukup serasi digunakan bersama jubin batu seperti marmar.

Gambar: Pinterest

Windmill

Diilhamkan daripada pergerakan bilah kincir angin, corak ini dibentuk daripada susun atur 4 jubin segi empat sama digunakan untuk membentuk bentuk persegi yang besar diakhiri 1 jubin persegi kecil di tengah-tengah. Rupa jubin persegi ini sering digunakan di bilik mandi dan dapur. Corak ini sesuai menggunakan material jubin seramik atau porselin.

Gambar: Pinterest

Versailles

Dirujuk sebagai corak Perancis atau corak modular, Versailles menggabungkan empat saiz jubin berbeza; 8″ x 8″, 8″ x 16″, 16″ x 16″, dan 16″x 24″. Elegan dan anggun, corak Versailles sering dilihat di luar rumah menggunakan jubin batu seperti travertine.

Gambar: Pinterest

Pinwheel

Corak jubin lantai yang juga dikenali sebagai hopscotch. Seakan sama seperti Windmill, corak ini memerlukan saiz jubin lebih besar untuk mengelilingi jubin lebih kecil. Empat blok kecil diatur bertemu empat penjuru satu jubin persegi besar. Ini mewujudkan bentuk sama seperti satu roda pin berputar.

See also
5 Online Shop Deko Lokal