Ruang - Fashion Up Your Spaces! - Page 2 of 4 - Glam Malaysia

Ruang – Fashion Up Your Spaces!

Kerja-kerja menghias mahligai tidak akan pernah berakhir. It’s just a never ending process. Penghuni sentiasa mahukan impak baru dan segar di setiap pojok yang ada. Biarpun sekadar bermain aturan kusyen dan aksesori lain, sudah cukup menggembirakan sanubari.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dapur

Sesuai resam dapur, haruslah dibina praktikal agar memudahkan kerja. Lengkapi dapur dengan keperluan gajet berteknologi terkini untuk memudahkan kerja-kerja harian di dapur. Bina reka pelan dapur berpandukan gerak kerja selancar yang selesa dan selamat. Pastikan jarak antara sinki dan dapur memasak tidak jauh, agar dapur tidak lencun dek titisan air. Apabila mula memasak, pasang kipas pengudaraan dan buka tingkap seluasnya.

Cabinetry

Material kabinet pasang siap jenis organik adalah trend masa kini. Ajnas jenis jubin batu tiruan, marmar dan daun pintu konkrit menambah gaya moden tetapi kekal segar semula jadi.