#StayHomeWithGD: 16 Idea Kemas Kini Ruang Penstoran - Glam Malaysia

#StayHomeWithGD: 16 Idea Kemas Kini Ruang Penstoran

Inilah masanya untuk memanfaatkan sepenuhnya masa duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dengan aktiviti mengemas ruang kediaman, terutama ruang pakaian dan penstoran yang mungkin sudah lama tidak dipedulikan. Berikut 16 idea untuk menciptakan ruang persalinan atau kabinet pakaian yang selesa dan memudahkan proses penggunaannya yang lebih sistematik, kemas dan cantik.

Slide untuk lihat gambar. 

1 of 16
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

  1. Wujudkan ruang khas

Cari ruang khusus yang sesuai untuk anda jadikan ruang persalinan. Adakah ruang sedia mencukupi atau anda memerlukan ruang yang lebih besar? Jika mahukan ruang baru, tentukan ruang yang paling praktikal untuk dijadikan sebahagian ruang persalinan atau anda perlu ruang baru secara keseluruhannya?