Rekaan Hebat - Teknologi Udara Sejuk - Glam Malaysia

Rekaan Hebat – Teknologi Udara Sejuk

Edisi baru kipas Dyson ini direka untuk membantu meningkatkan kualiti udara dan memberi ambien sejuk yang maksimum. Teknologi Dyson Core Flow™ dipatenkan untuk melancarkan aliran udara yang tepat dan tertumpu bagi menyejukkan, sambil menyampaikan udara bersih ke dalam ruang.

Sifat-sifat aerodinamik dalam Harrier Jump Jet, jurutera Dyson mendapati bahawa apabila dua jet udara bertemu di permukaan cembung, ia bertumpu untuk menghasilkan teras tekanan tinggi dan aliran udara yang terfokus.

Dyson Pure Cool Me™ turut dilengkapi dengan penapis kaca HEPA yang mampu memerangkap 99.95% zarah (sekecil alergen) dan zarah-zarah ultrafine seperti debunga, spora dan bakteria. Tempatkan di ruang bekerja atau belajar, bahagian sisi ruang kamar beradu, Dyson Pure Cool Me™ mengalirkan udara bersih, sejuk dan segar. Anda boleh melaras dan menyesuaikan kubah berpermukaan cembung untuk menghasilkan teras tekanan tinggi dan aliran udara yang terfokus.

Kipas personal Dyson Pure Cool Me™ boleh didapati dalam pilihan gabungan warna putih dan kelabu, atau hitam dan tembaga dengan harga runcit yang disyorkan RM1,699 di shop.dyson.my dan Dyson Demo di The Gardens Mall dan Gurney Plaza.

See also
Pilihan Kertas Dinding Berpersonaliti