Promosi - Menangi Percutian di Hotel Element, Kuala Lumpur - Glam Malaysia

Promosi – Menangi Percutian di Hotel Element, Kuala Lumpur

Keindahan ruang kamar Element Kuala Lumpur bersaksikan panorama kota raya Kuala Lumpur

 

 

Hotel Element Kuala Lumpur 

 

2 x Percutian 2 hari 1 malam di Hotel Element Kuala Lumpur Studio Skyline dengan sarapan untuk dua orang bernilai RM2,120

 

Element Kuala Lumpur adalah bangunan bersifat mesra alam dan keempat tertinggi  di Malaysia. Hotel ini ditempatkan di dalam Menara Iiham, direka oleh Foster + Partners yang diiktiraf secara global. Element Kuala Lumpur terletak strategik di lokasi komersil kota raya, dan hanya berjalan kaki ke Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur yang ikonik.

 

Dibina berkonsepkan elemen hijau, Element Kuala Lumpur mendapat pengiktirafan Indeks Bangunan Hijau (GBI). Diilhamkan oleh jenama Westin, hotel Element menampilkan dekorasi ruang bergaya, reka bentuk yang menarik dan mesra alam. Ini termasuk penggunaan sistem penuaian air hujan, pengawasan CO2 kualiti udara dalaman yang terpelihara, penggunaan lampu LED yang jimat tenaga.

 

Element Kuala Lumpur menawarkan 252 bilik yang serba lengkap dengan pemandangan latar langit kotaraya, masing-masing dengan katil Signature Heavenly, kamar mandi yang berkonsep spa dan kemudahan yang menggunakan campuran berasaskan tumbuhan premium dan bahan organik yang diiktiraf. Dengan tambahan kepada 132 unit studio yang tampil bergaya, hotel ini menawarkan suite satu, dua and tiga bilik yang dapat mencipta pengalaman percutian indah.

See also
Georgina Chapman Bakal Menerima Jumlah Hampir $25 juta Hasil Perceraian Dengan Harvey Weinstein

 

Bulan ini, GLAM Deko dan Element Kuala Lumpur menawarkan promosi istimewa untuk para pembaca dengan menyertai pertandingan yang dianjurkan melalui laman instagram @glamdekomy. Pastikan anda telah menekan butang follow di akaun kami! Ikuti langkah-langkah berikut;

 

  1. Ikuti (follow) GLAM DEKO di Instagram @glamdekomy
  2. Repost pada akaun anda dengan menggunakan hashtag #glamdekogiveaway
  3. Tag #elementkualalumpur dan @glamdekomy
  4. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah like yang diterima
  5. Kami akan mengumumkan pemenang yang berjaya pada 4hb Disember 2017

 

Terma & Syarat Penyertaan:

  • Promosi ini akan tamat pada  11.59pm, 30hb November 2017 (tertakluk pada perubahan). Para pemenang akan diumumkan pada 4hb Disember 2017 (tertakluk pada perubahan).
  • Hanya post yang dilakukan pada sepanjang tempoh promosi dikira sah.
  • Pemenang akan dihubungi melalui mesej terus Instagram (Instagram Direct Message).
  • Pemenang perlu hadir sendiri ke pejabat Blu Inc Media Sdn Bhd untuk tuntutan hadiah.
  • Anda harus mengikut setiap langkah yang telah ditetapkan bagi melayakkan penyertaan buat promosi ini.
  • Kegagalan menghubungi pemenang dalam masa seminggu dari tempoh pemberitahuan menjadikannya terbatal.
  • Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh sebulan dari tarikh pengumuman pemenang dikira tidak sah.
  • Blu Inc Media Sdn Bhd tidak akan melayan sebarang aduan tentang hadiah selepas ianya menjadi hak milik pemenang.
  • Blu Inc Media Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kerosakkan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami oleh peserta yang ingin terlibat dalam promosi ini.
See also
Palet - Trivia Warna Dark Choc