Use your ← → (arrow) keys to browse
Its all about layering. Mempersiapkan katil bermula dari memasang cadar berwarna asas seperti putih, krim, biru cair mahupun peach. Kemudian, set duvet yang terdiri daripada sarung selimut dan dua atau empat sarung bantal. Look kali ini, pilihan cadar berona kelabu cair dari Robinsons menjadi pilihan. Diakhiri dengan hamparan throw atau gebar berwarna kelabu gelap yang dikait dari jenama Maison Curio. Aturan kerusi berlengan dari skim warna yang sama di pojok memberi ruang duduk-duduk buat penghuni merehatkan diri sebelum mengakhiri hari-harinya. Dua bangku polos dalam warna kelabu cerah memenuhi ruang kosong di hadapan katil.