Pelaburan Terbaik

Pelaburan Bijak

 

Dalam mendekorasi kediaman, bajet merupakan perkara yang menjadi keutamaan saat anda mempertimbangkan suatu pembelian. Pada peringkat awal projek anda, tumpuan haruslah diberikan kepada perkara utama dan berskala besar kerana ia memberikan impak yang segera pada ruang kediaman. Untuk perkara utama dalam kediaman ada kalanya lebih baik anda melabur dengan tanda harga yang sedikit tinggi kerana ia mampu memberikan jangka hayat yang lebih lama. Kami bariskan lima perabot dan kelengkapan utama yang merupakan pelaburan yang bijak boleh anda pertimbangkan khususnya untuk mereka yang merancang melengkapi kediaman pertamanya.

 

3 of 6

 LAMPU 

[/tps_header]

 

brandvanegmond

Candelier jenama Brand Van Egmond

  1. Lampu

Lampu yang baik tidak memerlukan penjagaan yang keterlaluan tapi mampu memancarkan cahaya yang secukupnya sambil menebarkan aura tersendiri pada keseluruhan ambien ruang anda. Hakikatnya ruang yang kecil memerlukan lampu yang lebih baik kerana kehadirannya begitu dirasai. Manakala untuk ruang yang lebih besar pilih sesuatu yang cantik dalam masa yang sama mudah di suai padan bersama lampu berkaki dan lampu meja mengikut keperluan. Pilihlah sesuatu yang bold dan berkarakter untuk memberikan impak pada keseluruhan ruang.