Palet-Trivia Warna Flamingo Pink - Page 2 of 6 - Glam Malaysia

Palet-Trivia Warna Flamingo Pink

Flamingo pink – spektrum warna pastel yang tercipta menerusi kelopak bulu burung tropika, flamingo dan campuran warna alam yang terhasil sewaktu matahari terbit dan terbenam di bawah kaki langit.

Trivia Warna:

  1. Palet warna kali ini dipilih sendiri oleh editor undangan, Dato’ Rizalman Ibrahim.
  2. Dato’ Rizalman turut mencadangkan padanan warna coklat gelap, hijau zaitun gelap, hitam dan keemasan yang dirasakan serasi bersama warna Flamingo Pink.
  3. Spektrum warna ini diolah daripada tonasi warna merah samar, putih dan oren.
  4. Mainan paten abstrak, alami (ira marmar atau kayu), tropika dilihat serasi bersama tona merah samar terang ini.
  5. Burung flamingo berbulu merah keorenan dikenali sebagai Greater Flamingo dan boleh ditemui di sekitar kepulauan Galapagos, Amerika Selatan dan Afrika. 
2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Hamparan permaidani Jerash menggabungkan teknik pembuatan; powerlooming untuk ketepatan dan ketahanan potongan fabrik serta mengandungi 50 peratus serat kapas. missamara.com.au