Palet-Trivia Warna Coklat Karamel - Page 6 of 7 - Glam Malaysia

Palet-Trivia Warna Coklat Karamel

Tergolong dalam roda warna hangat (warm), warna karamel mampu menstabilkan emosi penghuni dalam masa sama memberi dimensi ruang lebih selesa. Sifat natural karamel juga memudahkan suai padan dan kekal bertahan tidak dimamah arus trend.

Trivia Warna Coklat Karamel:

  1. Warna coklat karamel sesuai sebagai latar warna ruang tamu dan kamar beradu tetamu. Gunakan spektrum warna coklat secara keseluruhan bermula dari warna dinding, kemasan lembut sehinggalah pemilihan cadar dan kusyen.
  2. Penguasaan warna coklat neutral yakni karamel, hazelnut yang polos boleh dihidupkan menerusi tanaman tumbuhan hijau segar.
  3. Elakkan sebarang padanan warna kontra seperti biru firus, fuschia dan kuning pada latar warna karamel kerana dilihat sudah ketinggalan zaman.
  4. Fabrik linen dan kapas bertekstur adalah kemasan lembut untuk kusyen, langsir dan sofa paling ideal bergandingan dengan warna karamel.
6 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sarungkan sepatu tinggi Deepik Christian Laboutin bersama padanan Little Black Dress di acara makan malam bersama si dia.