Palet – Trivia Warna Bayu Biru
Panorama bentangan laut luas membiru cukup berkuasa merawat jiwa yang rawan. Warna laut hijau kebiruan bergantung pada tahap molekul garam air pada satu-satu masa, kehidupan alga di dalamnya dan juga terik cahaya matahari.
TRIVIA WARNA
- Warna biru pada permukaan air laut terhasil menerusi campuran cahaya matahari berwarna kemerahan, kuning dan warna air kehijauan yang diserap oleh molekul air di lautan.
- Warna biru adalah warna nombor satu kegemaran seluruh dunia kerana perlambangannya yang bertenaga, kekuasaan, tenang serta mudah di suai padan.
- Warna biru gelap adalah warna perkabungan di Korea.
- Warna biru air laut turut dikenali sebagai turquoise, teal, biru navy dan biru pasifik.
- Air laut di Pantai Tanjung Rhu, Pulau Langkawi dan laut sekitar Sabah termasuk Pantai Manukan tersenarai sebagai pantai tercantik di dunia.
0 Comments