Palet – Trivia Warna Bayang Kelabu
Benjamin Moore memperkatakan warna-kelabu kusam, shadow 2117-30 sebagai warna yang enigmatik, suram namun cukup elegan untuk melatari dunia dekorasi dengan warnanya.
Trivia Warna
- "Kelabu kelihatan serasi dengan apa jua keadaan persekitaran, pantulan cahaya. Malah terbaik apabila diadun bersama warna lembut ungu-lilac atau kelabu arang berkilau," kata Ellen O'Neill, Pengarah Kreatif Benjamin Moore.
- Biarpun kelabu sering dikaitkan dengan misteri, suram dan sedih, tonasi warna ini bermula dari kelabu cerah, perak sehingga ke kelabu gelap memberi tafsiran serba moden mewah dan feminin untuk generasi hari ini.
- Tonasi warna kelabu termasuklah charcoal, slate, iron gray, ashen, lead, mousy, gunmetal, silver, dove gray, powder gray, oyster, pearl, taupe, sere dan Payne's gray.
- Kelabu antara warna tertua pernah wujud dan masih relevan sehingga kini.
0 Comments