Dibina bercirikan moden dan penuh inovasi, berlatar belakangkan lanskap taman tropika, outlet premium, Design Village bakal membariskan lebih 150 butik di tapak seluas 400, 000 kaki persegi. Variasi label fesyen mewah, jenama premium, barangan kanak-kanak, sukan, restoran dan kafe terbahagi dalam lima zon berbeza. Setiap zon direka bentuk ‘looped race-track layout,’ di pusat beli-belah satu tingkat separa terbuka ini.
Berlokasi di Pulau Pinang, outlet premium, Design Village ini dijangka siap menjelang November tahun ini.