Nostalgia Chinatown di Four Points By Sheraton, Kuala Lumpur - Page 2 of 5 - Glam Malaysia

Nostalgia Chinatown di Four Points By Sheraton, Kuala Lumpur

Destinasi ideal buat warga kota dan juga penduduk setempat untuk berlibur hujung minggu bersama keluarga. Four Points by Sheraton, Chinatown Kuala Lumpur, membuka pintunya Disember 2019. Mengetengahkan elemen tradisi yang mengangkat kembali zaman kegemilangan Pekan Cina (Chinatown), hotel yang berlokasi di Jalan Petaling (Petaling Street) ini menonjolkan seni bina moden dengan perincian dekorasi sentuhan moden bersemi oriental klasik.

Struktur seni bina berteraskan reka bentuk moden menjadikan Four Points by Sheraton, Chinatown Kuala Lumpur mercu tanda baharu di tengah ibu kota Kuala Lumpur. Terletak strategik di Jalan Petaling (Petaling Street), sesuai sebagai destinasi percutian hujung minggu bersama yang tersayang.

 

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ruang lobi utama direka dengan binaan siling tinggi dan tingkap kaca maksimum untuk menyuntik keindahan panorama kota raya agar bersatu dengan dekorasi yang diterjemahkan. Binaan panel dinding dengan ukiran kayu daripada pilihan rona mendalam, gabungan hujau dan biru pekat menciptakan ambien ruang penuh persona.