Memilih Sofa Kulit
Jenama Rozel merupakan antara jenama lokal yang terkenal dengan pembuatan perabot kulit.
Kulit merupakan antara bahan asas yang popular apabila berbicara mengenai kemasan sofa dan kerusi dalam dekorasi. Perabot yang menggunakan kulit tidak terhad pada gaya tertentu sebleum memilih perabot yang berasaskan kulit, kami menyenaraikan dahulu jenis kulit yang sering digunakan untuk membaluti sofa anda. Secara amnya terdapat tiga kategori kulit yang digunakan untuk pembuatan perabot anda. Untuk pengetahuan anda jenama terkenal seperti Poltrona Frau memiliki jenis kulit tersendiri yakni Pelle Frau® yang dikhususkan untuk pembuatan perabot mereka.
Kulit Aniline
Merupakan antara pilihan paling digemari kerana rupa dan rasa kulit ini sendiri. Ia menyerupai kulit sebenar pada kadaran yang paling hampir juga mengekalkan tekstur asal kulit semulajdi seperti pori-pori dan parut. Kulit jenis ini telah diwarnakan dalam pewarna yang ditakung yang kelihatan seakan jernih, namun ia kekal kelihatan semulajadi kerana tidak diselaputi sebarang polimer atau pigmen tambahan.
Kelebihan: Permukaan yang begitu lembut menjadikan ia begitu halus saat menyentuh kulit dan mencipta keselesaan. Oleh kerana ia mengekalkan sebarang tanda asal yang terdapat pada kulit, ia menjadikan setiap perabot itu berbeza dan tersendiri mengikut keadaan semula jadi kulit.
Kekurangan: Oleh kerana ia tidak dilindungi oleh sebarang lapisan tambahan, ini menjadikan kulit ini mudah kotor. Perabot yang menggunakan kulit sebegini tidak digalakkan jika anda mempuyai anak kecil atau pa da ruang yang memiliki penggunaan yang kerap atau high traffic areas.
Kulit Semi – Aniline
Kulit jenis ini adalah lebih teguh berbanding kulit aniline kerana permukaan ini telah dirawat dan disaluti dengan lapisan nipis yang mengandungi sedikit pigmen dan ini menjadikan proses mewarna memberikan hasil yang sedikit berbeza.
Kelebihan: Kulit jenis ini mampu mengekalkan keunikkan kulit semulajadi seperti kulit aniline, ia menghasilkan kulit yang mempunyai warna lebih konsisten dan lebih tahan kepada kotoran. Ia mampu menampung penggunaan yang lebih lasak kerana ia tidak mudah rosak.
Kekurangan: Karakter unik kulit seperti pori dan kesan parut asal adalah tidak sejelas kulit Aniline, ini menjadikannya nampak sedikit berbeza berbanding kulit asli.
Kulit terawat/berpigmen
Kulit terawat merupakan jenis kulit yang palin tahan lasak menjadikannya pilihan popular dalam pembuatan perabot dan hiasan dalaman untuk kereta. Kulit terawat mempunyai permukaan berpolimer yang mengandungi pigmen yang membuatkan ia menjadi teguh dalam kategori kulit yang digunakan dalam pembuatan perabot.
Ketebalan lapisan yang menyaluti permukaan kulit berbeza mengikut kesesuaian yang ditetapkan oleh penghasil perabot keran ia bergantung kepada bagaimana ia akan digunakan dalam menghasilkan perabot. Rawatan ini urut menjadikan kulit ini lebih tahan calar dan pudar kesan dari penggunaan.
Kelebihan: Kulit jenis ini meudah dijaga dan mampu bertahan dalam kondisi dan kegunaan berbeza. Ia mempunyai tahap perawatan yang berbeza mengikut jenis perabot dan pastinya ada yang dapat menepati cita rasa anda.
Kekurangan: Kulit jenis ini secara tidak langsung tidak menampakkan hasil seperti kulit asli kerana kurangnya keunikkan dan kesan seperti kulit asli. Ira asal kulit juga mungkin tidak terlihat jelas kesan dari perawatan yang dilakukan.