5 Pencakar Langit Masa Hadapan - Page 5 of 5 - Glam Malaysia

5 Pencakar Langit Masa Hadapan

Struktur seni bina mencecah 200 meter dan megatall sekurang-kurangnya 600 meter diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia. GLAM Deko membariskan lima bangunan pencakar langit masa hadapan yang bakal mencipta sejarah dengan ketinggian melebihi 1,000 kaki hasil kepakaran, ideologi dan inovasi pereka hebat dunia.

5 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

WUHAN GREENLAND CENTER, CHINA

KETINGGIAN                      : 2, 078 KAKI / 636 METER

KEDUDUKAN GLOBAL    : 9

ARKITEK                               : ADRIAN SMITH + GORDON GILL ARCHITECTURE

DIJANGKA SIAP                 : 2020

Satu lagi projek yang direka dan diselia oleh firma Adrian Smith + Gordon Gill Architecture, di lokasi sentral China menawarkan seni bina unik, direka berbentuk melengkung, menyerupai tripod yang membentuk kubah untuk mengurangkan rintangan angin. Wuhan Greenland Centre yang sedang dibina, direka dengan ketinggian lantai 125  tingkat, mencecah 636 meter tinggi (2,087 kaki), di Wuhan, China. Adrian Smith dan Gordon Gill Arkitek bersama kumpulan jurutera dari Thornton Tomasetti Engineers bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyiapkan projek ini setelah memenangi pertandingan reka bentuk untuk Greenland Group. Menariknya, elemen reka bentuk bangunan ini menampilkan ciri-ciri penjimatan tenaga dan dijangka akan menjadi bangunan tertinggi di China, mengatasi Menara Shanghai. Namun pada ogos 2017 pembinaan terhenti pada tingkat 96 kerana airspace regulations, ia akan direka semula supaya ketinggiannya tidak melebihi 500 meter di atas paras laut.

See also
Ruang - Maksima Ruang Kediaman