Use your ← → (arrow) keys to browse
KONSEP GLAMPING
Ramai penduduk kota mendambakan pengalaman bermalam di hutan, kembali kepada alam tapi mahu bertemankan fasiliti bertaraf lima bintang, keselesaan dan tentunya selamat. Atas dasar ini, pemilik resort, Puan Sri Tiara Jacquelina merealisasikan konsep glamping. Pengunjung dikepung kehijauan belantara tropika tanpa rasa takut, diberikan layanan bertaraf lima bintang dan fasiliti serba mewah. Tiara mahu anak-anak kota tidak ketinggalan merasai pengalaman yang sama seperti zaman kanak-kanaknya, bermain di luar tanpa batasan, meneroka alam semulajadi, melihat dan menyentuh sendiri hidupan alam dengan penuh keterujaan.