Libur - Tiarasa Escapes Ideal Bersama Tersayang - Glam Malaysia

Libur – Tiarasa Escapes Ideal Bersama Tersayang

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)

Janda Baik, lokasi pinggir bandar yang dikira strategik untuk melarikan diri seketika dari hiruk-pikuk kesibukkan kota. Saujana menghijau, pemandangan yang menyejukkan mata menemani sepanjang pemanduan selama 50 minit dari ibu kota.

Deretan banglo, vila dan kediaman persendirian megah terbina di sepanjang jalan dan lereng-lereng bukit dalam bermacam seni bina dan rekaan unik bias menjadi rujukan inspirasi seni reka bentuk kediaman suatu hari nanti. Ini bukanlah pertama kali saya dan team GLAM Deko ke Janda Baik, pernah beberapa ke sini atas tujuan penggambaran unit kediaman dan vila persendirian, dan setiap kali itulah kami tidak pernah gagal untuk tidak jatuh cinta.

Tiarasa Escapes Glamping Resort berada di kaki bukit Janda Baik terbina di atas sebidang tanah seluas tujuh  ekar yang direntasi sebatang sungai. Aman dalam kepungan belantara tropika, kelihatan pepatung, kupu-kupu dan burung -burung liar bebas berterbangan mengelilingi khemah dan sekitar batu-batuan air sungai mengalir.

See also
Nostalgia Chinatown di Four Points By Sheraton, Kuala Lumpur

 

 

Slide untuk lihat gambar. 

[/tps_header]