Libur - Kembara Eksotika ke Sri Lanka - Glam Malaysia

Libur – Kembara Eksotika ke Sri Lanka

Teks : Afiq Khairudin
Gambar : Shutterstock, Anantara Kalutara Resort, Afzan8086

 

Sri Lanka adalah sebuah negara kepulauan di Asia yang dahulunya dikenali sebagai Ceylon, negara yang beragam dan multikultural, selain ‘rumah’ bagi banyak agama, kelompok etnik, dan bahasa. Nama Sri Lanka itu sendiri berasal dari bahasa Sanskrit yang membawa erti “Daratan yang Bergemerlapan”.

 

Pengarah Kreatif GLAM Deko, Afiq Khairudin berkelana selama empat hari ke bumi yang terkenal dengan sebagai pengeksport terbesar teh dan kayu manis di dunia.

 

 

Slide untuk lihat gambar. 

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

11 April 2018 

 

Pengalaman kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Colombo sangat teruja dirasakan. Setelah 3 jam 30 minit penerbangan dari Kuala Lumpur, saya akhirnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa  Bandaranaike International Airport. Ketibaan saya disambut oleh Mr Rana, yang merupakan pemandu pelancong sepanjang berada di Sri Lanka. Dari lapangan terbang antarabangsa ini, saya dibawa ke Yala yang mengambil masa perjalananan selama 5 jam 30 minit menggunakan lebuh raya dan kawasan kampung.

See also
Ruang - Bina Dapur Bergaya

 

Kenderaan pacuan empat roda jip menepati keadaan jalan tanah merah dan berbatu sepanjang menuju ke Yala National Park.

 

Saya perlu melalui perkampungan Hambantota yang mengambil masa 1 jam untuk tiba ke Yala National Park. Disebabkan kedudukan Yala National Park agak terpencil dan jauh ke dalam hutan, selain menjaga privasi dan mengekalkan keaslian hutan, saya perlu dijemput di check point yang telah dijanjikan. Pengembaraan kali ini semakin mencabar kerana laluan yang kecil, permukaan jalan tanah merah yang tidak rata dan dipenuhi pelbagai spesis pokok hutan dan tumbuhan renek yang menemani sepanjang perjalanan sebelum tiba ke The Naturalist Safari Camp Yala, yakni ruang penginapan yang berkonsepkan ruang perkhemahan.

 

Pengarah Seni, Afiq Khairudin mengabadikan kenangan di ruang penginapan glamping di Yala National Park.