Libur - 6 Perkara Perlu Cuba di Brunei - Page 3 of 6 - Glam Malaysia

Libur – 6 Perkara Perlu Cuba di Brunei

Teks : Nadia Zolkifli
Gambar : Patrick Chan & Google

 

Brunei Darussalam, negara yang terletak di bahagian utara kepulauan Borneo. Ini adalah kunjungan kali pertama buat saya dan team GLAM Deko. Jujurnya, langsung tidak tahu apa yang perlu dijangka apabila tiba di salah satu kota nusantara ini. Kami diterbangkan oleh Air Asia, menaiki penerbangan terawal 635 pagi dengan perjalanan selama dua setengah jam untuk tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

 

3 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ambuyat di Restoran Aminah Arif

3. Makanan Lokal

 

Tidak sempurna sebuah kembara apabila tidak merasai makanan tempatan. Teruja untuk mencuba Ambuyat dan Nasi Katok. Sebelum tiba ke Brunei, saya dikhabarkan, harga makanan di Brunei cukup berpatutan. Saya mencuba Nasi Katok di Pasar Gadong – nasi putih dihidang bersama pilihan ayam goreng atau daging dan pelbagai jenis sambal boleh dipilih mengikut cita rasa seperti sambal hijau, sambal pedas dan sambal merah. Restoran Aminah Arif terkenal dengan hidangan Ambuyat. Ambuyat diperbuat daripada ambulung yakni sagu sawit. Kebiasaannya, Ambuyat dimakan bersama pelbagai pilihan cacah (sambal) seperti cacah binjai, cacah tempoyak atau cacah cencaluk.