Legasi Tradisi Songket - Glam Malaysia

Legasi Tradisi Songket

Bibah Songket

Pekerja Bibah Songket menunjukkan salah satu hasil tenunan yang hampir siap.

 

Songket sememangnya salah satu fabrik warisan tradisi yang harus dipelihara kerana nilainya yang tinggi buat budaya bahasa. Pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan fabrik ini kekal relevan dan bisa diadun bersama arus kemodenan yang semakin pesat menjalar. Untuk itu, Bibah Songkat yang berpangkalan di Terengganu terus mencipta idea baru untuk menjadikan produk mereka kekal relevan. Tidak hanya mengehadkan songket sebagai fabrik untuk pakaian, mereka turut mampu menghasilkan fabrik yang direka khusus untuk kegunaan sebagai kemasan lembut dalam menata kediaman. Tidak perlu terlalu sarat, padankan kusyen songket anda bersama sofa gaya kontemporari atau cuba ubah lukisan yang menghiasi ruang tamu kepada kehalusan seni songket yang ditenun khusus mengikut cita rasa anda. Seperti lukisan, hasil songket ini eksklusif kerana pembuatannya hanya satu dan dihasilkan melalui tangan.

 

Perusahaan yang dipelopori oleh Hajah Habibah Zikri ini ini bermula saat dia melanjutkan pelajarannya di Institut Teknologi Mara (kini dikenali sebagai UiTM) sekitar tahun 70an dahulu. usai menamtkan pengajian, dia berkhidmat bersama Kraftangan Malaysia dan antara tugasannya pernah menghantar dia ke Bumi Kenyalang. Ketika itulah terlintas di sanubarinya tentang peluang yang  tersedia untuk dia mengangkat seni tradisi ini ke satu arah berbeza. Dia mula mengeksplorasi teknik dan teknologi untuk memperbaharui design dan gabungan warna dalam mencipta karya seni songketnya.

See also
Sydney McLaughlin Kian Mendominasi

 

Menariknya, Bibah Songket telah berjaya menghasilkan paten dan corak mengikut rekaan dan cita rasa anda. Jika anda menggemari konsep flora dan fauna atau landskap tertentu, mereka bisa merubahnya menjadi tenunan songket eksklusif. Jika anda berminat memiliki sentuhan unik ini, anda boleh berkunjung ke Plaza Damansara untuk melihat sendiri karya seni mereka.

 

songket

Antara produk tenunan songket yang dihasilkan oleh Bibah Songket.