GLAM Deko Kediaman - Perancis Klasik - Glam Malaysia

GLAM Deko Kediaman – Perancis Klasik

Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)

 

Pagar agam hitam bereka bentuk Perancis moden setinggi sembilan kaki dibuka sebaik kami tiba di perkarangan banglo. Pengaruh seni bina Perancis moden menguasai keseluruhan struktur banglo dalam padanan palet kelabu cerah dan putih. Deretan pasu-pasu pokok bunga hydrangea tumbuh merimbun diatur indah menuju ke taman landskap.

 

Melangkaui pintu masuk, aura Eropah klasik tegar mengalir di segenap penjuru kediaman. Kaki terus melangkah ke dapur kering yang dibina di sayap kiri banglo, bersebelahan ruang makan semi-formal. “Kami sering mengadakan majlis dan keramaian. Lagi pula, suami merupakan anak sulung daripada sembilan beradik. Jadi, kami memerlukan lebih banyak ruang lapang dan terbuka untuk memudahkan aliran keluar masuk tetamu apabila majlis berlangsung,” bicara pemilik sambil menunjukkan satu lagi ruang duduk-duduk yang dibina berhadapan kolam ikan menghadap ruang makan semi-formal. Ruang makan semi-formal dibina di bahagian bawah susur anak tangga menuju ke aras atas banglo. Binaan tetingkap kaca telus berunsurkan rekaan Perancis membawa masuk kehidupan landskap luar ke dalam rumah.

See also
Album 4:44 Oleh Jay-Z Menceritakan Kisah Curangnya Terhadap Beyoncé

 

DSC_1329

 

DSC_1350

 

KHIDMAT PAKAR

 

Nuansa warna alami mendominasi segenap ruang kediaman. Hampir kesemua dinding dibaluti kemasan kertas dinding ajnas corak bercirikan Inggeris kontemporari termasuklah kamar kecil. “Kertas dinding, salah satu pelaburan berbaloi untuk membangkit seri ruang selain mencipta titik fokal di kediaman. Pilihan ajnas corak untuk setiap panel dinding menyuntik dimensi pandangan berbeza. Tidak memerlukan penjagaan rapi dan senang digayakan, saya turut mengolah fungsi kertas dinding pada permukaan siling seperti di garaj banglo ini. Lagi pula, kertas dinding adalah signature gaya saya,” beritahu Emma Khalid, pereka yang bertanggungjawab membina dan menata gaya keseluruhan reka bentuk banglo ini.

 

Banglo dua tingkat seluas 7, 000 kaki persegi ini disiapkan dalam jangka masa setahun, di atas sebidang tanah 10, 000 kaki persegi. Pemilik membeli tanah ini sejak 1999 sebelum mula membina banglo ini pada 2010 dan mendiaminya pada 2011.

 

DSC_1367

 

DSC_1406

 

PRAKTIKAL DAN FUNGSI

 

Menjenguk ke ruang tamu utama, perabot dempak kayu padu berukir daripada rumah perabot, American Accents diperaga dalam susun atur konvensional. Gerobok kayu berlaci dilapisi kepingan marmar berira berfungsi sebagai pemisah ke ruang rumah makan formal. Cermin besar di panel dinding memantul ilusi aktiviti di ruang makan formal. Sambung Emma, “Kebanyakkan perabot dan kemasan didapati daripada Andalusia, American Accents, Laura Ashley dan SSF. Tugas saya sebagai seorang pereka membantu pemilik membuat apa jua pilihan bermula dari reka pelan, kemasan sehinggalah kepada pilihan perabot, pencahayaan dan aksesori. Saya akan mencadangkan, mengakses dan mengecilkan skop pilihan mereka. Bagaimanapun, pilihan akhir adalah daripada pemilik. After all, they’re the one who will be living this house!” kata Emma yang sebelum ini adalah Pengarah Pemasaran untuk Alamanda, Putrajaya.

See also
Kim Kardashian West Tekad Membantu Mangsa Ketidakadilan Undang-Undang

 

DSC_1432

 

DSC_1435

 

Banglo ini memiliki sembilan kamar beradu en suite, ruang makan semi-formal, ruang makan formal, dapur kering, dapur basah, pit barbecue, patio dan garaj.

 

DSC_1497

 

DSC_1501