GLAM Deko Kediaman - Resort Tropika - Glam Malaysia

GLAM Deko Kediaman – Resort Tropika

Teks asal : Suhana Desa

Teks Digital : Shahril Hadi Halim

Video : David Bay

 
Sentuhan peribadi Ar Md Razin Mahmood, pemilik Razin Architects buat kediamannya yang terletak di Johor Bahru ini menterjemahkan gaya peribadi dan personaliti dirinya. Lokasi yang sedikit tersembunyi dari kesesakkan kota memberikan rasa damai saat melangkah masuk ke sini. Lebih menarik lagi, firma seni bina miliknya beroperasi di unit bersebelahan dan dihubungkan melalui rekaan laman yang menyenangkan.
 

 
Memilih suai padan konsep terbuka dan tropika buat seluruh hartanah ini, idea Environment Architecture yakni rekaan yang merangkumkan seni bina dan alam sekeliling sebagai keseluruhan rekaan sememangnya tampil mempersona. Kemasan raw menjadi pilihan untuk kediaman yang dibangunkan ini. Ruang terbuka sejurus memasuki kediaman menjadikan rasa selesa saat bersantai di ruang tamu yang dihubungkan bersama ruang menonton juga ruang makan dan dapur kering.

“Ilham rekaan adalah gabungan unsur seni bina dan persekitaran tropika yang diadaptasi menjadi satu. Elemen raw saya hadirkan untuk kesan lebih asli dan membentuk ruang berkarakter. Ruang lepas bebas, berkonsep terbuka dengan bukaan pintu kaca boleh laras menghidupkan suasana persekitaran tropika yang tenang, damai dan menyegarkan”. – Arkitek Razin

 

See also
Feels Like Home Bersama H&M HOME

 
Jelas idea ini turut menjadi penyumbang kepada konsep mesra alam kerana ternyata ia mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dengan wujudnya pengudaraan semulajadi serta sumber cahaya alami.  Tingkat atas menempatkan kamar beradu utama serta kamar buat anak-anak dan ruang umum yang dikhususkan untuk mereka menjalankan aktiviti bersama. Lebih menarik, ia terhubung antara satu dengan yang lain menjadikan ruang terlihat lebih mesra dan merapatkan perhubungan seisi keluarga.
 

Nikmati rakaman video berserta  temu ramah eksklusif bersama pemilik yang juga arkitek kediaman mengenai rekaan dan tip kediaman ini.