Kediaman - Nostalgia Warisan Rumah Lama - Glam Malaysia

Kediaman – Nostalgia Warisan Rumah Lama

Segala cinta yang wujud buat mereka disatukan dalam membina sebuah mahligai idaman. Setiap proses diperhalusi dengan menggabungkan yang baru dan lama agar ia kekal harmoni untuk didiami. Sesi Live Instagram Glam Deko House Tour pada 22 April 2020 bersama pasangan suami isteri dari perancang perkahwinan tersohor Reka Teemor; Faiz Sabari dan Rozana Mumtaz menjelajah sudut kediaman indah yang digelar Rumah Teemor berlokasi di Shah Alam.

Saksikan rakaman video eksklusif  ruang kediaman Rumah Teemor pada tahun 2015 sebelum digubah kembali dengan sentuhan magis pasangan ini yang dibina penuh teliti dan sarat nilai seni.

Info Rumah Teemor
* Mengambil masa sekitar empat tahun untuk disiapkan. Kebanyakan kayu yang digunakan merupakan kayu dari rumah kampung milik nenek Faiz yang berlokasi di Batu Pahat, Johor.
* Terletak di atas sebidang tanah seluas 1.5 ekar dan saiz binaan adalah sekitar 10 ribu kaki persegi.
* Dibina dengan menggunakan formula 9 kaki x 9 kaki yakni setiap ruang haruslah bermula segi empat tepat dan diolah dari situ.

See also
Rekaan Hebat - Gajet Dengan Kuasa Sedutan Maksima