Kediaman - Aura Eropah Moden - Glam Malaysia

Kediaman – Aura Eropah Moden

Di atas sebidang tanah lapang lereng bukit, pemilik membina sanggar impian tersergam indah. Seni bina banglo berteraskan moden kolonial ini mula dibina sekitar tahun 2016. Reka bentuk dalaman banglo direka dan ditata gaya sepenuhnya oleh Laurea Home Furnishing. Diberi kepercayaan penuh oleh pemilik tanpa sebarang penetapan konsep atau gaya tertentu, banglo dipersembah Laurea bergaya Eropah moden. “Saya dan pemilik telah menjalin kerjasama agak lama, malah banglo ini adalah projek residensi pemilik kendalian Laurea yang kelapan dan paling besar perlu dilaksanakan. Sebelum ini, kami berjaya merealisasikan kediaman inap; unit kondominium pemilik,” cerita Siti Hawa Ismail, pengasas Laurea Home Furnishing.

Reka pelan asal banglo langsung tidak diusik oleh Laurea, Siti Hawa menyatakan kali ini firmanya hanya terlibat untuk reka bentuk dalaman dan penggayaan ruang. Beritahu Siti, “Berbeza dengan projek- projek sebelumnya, saya dan pemilik bermula dari asas yakni design and build. Kali ini, kami tidak mengubah apa-apa struktur dan reka pelan asal banglo. Kami bertanggungjawab mereka bentuk sistem wardrobe, kabinet dapur, wall paneling, kemasan lembut dan accessorizing.”

See also
Panduan Membina Pantri Dapur Sistematik

Banglo tiga tingkat ini termasuk basement memayungi ruang-ruang hidup; tujuh buah kamar beradu en suite, ruang tamu, ruang makan, dapur, surau dan ruang basuhan (laundry area).

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ruang tamu digaya dalam susun atur konvensional mempersembahkan sofa custom fabrik baldu, kerusi berlengan, dua meja kopi kepingan marmar putih dan meja tepi. Latar spektrum warna neutral glam yakni kelabu, beige dan hijau emerald bersatu seimbang dalam satu ruang. Perhiasan kaca, seramik dan emas adalah aksesori asas bagi memperindahkan gaya ruang-ruang yang ada. “Selain cermin dan kaca, kami turut memilih aksesori bersepuh emas lambang kemewahan dan glamor mengiringi imej pemilik  – seorang ahli perniagaan berjaya,” kata Siti Hawa lagi.