Use your ← → (arrow) keys to browse
Seiring evolusi zaman, sebagai pencetus trend dalam dunia perabot dan gaya hidup, Rozel sentiasa mengikuti arus perubahan generasi profesional muda hari ini. Rozel memahami keinginan yang diimpikan oleh golongan ini, tanpa kompromi dalam menjanjikan kualiti kemewahan. Faktor keinginan termasuklah rekaan yang trendy dan up to date, menarik dengan elemen reka bentuk yang dinamik serta pilihan warna-warna terang dan segar.
Justeru, Rozel memperkenalkan Rozel Gen-R, lambang gaya hidup terkini. Serba baharu dan moden, dengan keselesaan kulit tulen yang digabung bersama fabrik berkualiti tinggi. Setiap rekaan diinspirasikan daripada gaya rekaan kontemporari Scandinavia sebagai perlambangan kehebatan sofa generasi baharu!