Buat yang menggemari dunia fesyen, semestinya pernah mendengar tentang drama bersiri dan filem Sex and The City yang digarap dari sebuah novel. Jika anda pernah membaca novel yang membawa tajuk yang sama itu, salah satu dari edisi kulitnya menampilkan lakaran karya seorang artis, Megan Hess. Kini pelukis itu membawakan seleksi idea cantuman dekorasi yang diinspirasikan dari pelbagai sumber seperti butik fesyen, kafe dan lokasi percutian terkenal dunia ke ruang kediaman anda. Lengkap dengan pilihan perabot dan kemasan lembut serta aksesori, ia memberikan ilham mengikut cita rasa anda. Buku ini merupakan edisi baru yang diberi saiz lebih kompak. Nikmatilah keindahan idea mewah bersama elemen-elemen tersendiri dan terjemahkan di ruang kediaman anda.