Eidul adha bakal menjengah tidak lama lagi, dan saya kira pasti ramai yang sudah mula merancang untuk menyiapkan juadah raya termasuklah biskut raya. Mahukan idea biskut baru, segar dan tentunya mudah dengan bahan-bahan yang mudah didapati, boleh cuba resipi Salami Coklat ilham personaliti Malaque Mahdaly. Malaque adalah isteri kepada penyanyi Syarif Sleeq dari Singapura. Wanita berdarah Indonesia ini berbakat besar dalam bidang bakery; membuat kek dan biskut, malah dia mereka dan menghias sendiri kek perkahwinannya. Malaque juga pernah menjadi penasihat menu di kafe, Kidz & Crème milik selebriti Aaron Aziz. Ibu kepada dua cahaya mata, Selma Malika dan Umar Nael ini sedang sibuk mengendalikan kiosk makanan yang beroperasi di Singapura, Chulop.