Ilham Cipta Mini Landskap - Glam Malaysia

Ilham Cipta Mini Landskap

Jangan sesekali menjadikan ruang kediaman terhad sebagai halangan utama untuk memiliki oasis hijau. Cuba idea hebat ini, membina ‘mini urban jungle’ di balkoni, tepi jendela atau hanya sekadar meletakkan sepohon pokok ketapang di pinggiran pojok.

 

1439531272042_Bomedplanter7v0_3

1. Penyeri Jendela

Tanaman seperti bunga melur dan mawar yang mengeluarkan aroma mewangi apabila kembang sesuai ditanam di sini. ‘Kehijauan’ di tepi tingkap berfungsi sebagai pembersih udara semulajadi di kediaman; menyingkirkan toksin kotor sekaligus membekalkan oksigen keperluan tubuh.

 

HERO_

2. Aneka Pasu

Bermula daripada tanah liat, simen, seramik sehinggalah porselin, anda boleh memilih ajnas jenis pasu pelbagai ragam dan bentuk mengikut cita rasa. Pilih pasu bermacam saiz jika ingin mengatur kesemua tanaman di satu pojok sama. Aturkan pasu dan tanaman lebih tinggi di bahagian belakang, manakala jenis renek atau kecil di bahagian hadapan.

 

others-beautiful-white-window-sill-decor-idea-with-white-window-white-flowers-in-the-white-pot-green-plants-in-the-brown-pots-with-white-bowls-green-

3. Rerambu Semulajadi

Gantung tanaman jenis menjalar dari paras siling untuk mencipta suasana intim. Boleh juga gantung pada sisi dinding sebagai perhiasan dinding. Tanaman pakis mudah hidup dengan cara ini. Mudah diselenggara, anda hanya perlu menyiram dua kali sehari.

See also
Promosi - Menangi Koleksi Eksklusif dari Eclectic Moroccan Living

 

How-to-display-indoor-plants-10

4. Troli Hijau

Jika memiliki ruang hidup terhad, aksesori troli membantu. Aturkan segala jenis tanaman pilihan di atas troli bersama aksesori lain; sebagai daya penarik. Tidak memakan ruang, mudah diselenggara malah bersifat mobiliti! Anda cuma perlu tolak troli ke pojok yang diingini ataupun ketika diperlukan seperti merai tetamu.

 

602520c190bb21c90c018d901e6b45de

5. Pohon Hijau

Pepohon setinggi 2 hingga 3 kaki adalah pilihan ideal untuk impak segar segera. Pokok berdaun hijau lebar seperti ketapang boleh dipertimbangkan. Selain mudah hidup, pokok jenis ini tidak memerlukan perhatian rapi. Aturkan pokok di dalam bakul rotan, kanvas linen atau pasu dempak bermotif.