Idea – Gubahan Bunga Segar Di Kediaman Merai Tetamu
Musim perayaan bakal tiba, pastinya setiap isi rumah sedang sibuk mempersiapkan kediaman serba indah dan teratur. Gubahan bunga segar tidak hanya indah menghiasi ruang kediaman malah seakan menebar seribu satu aura elegan berbaur segar. Fleuri Flower berkongsi teknik membina gubahan bunga segar untuk anda cuba.
Warna segar dan terang menjadi pilihan sebagai gubahan utama menyuntik rasa sama ada untuk ruang tamu atau ruang makan dengan gaya lebih moden. Gabungan ros India, orkid cymbidium, craspedia bersama tiger lily kuning yang dilengkapkan bersama Queen Anne’s lace serta astrantia juga setaria menjadi dominasi flora dalam gubahan ini. Untuk menyerlahkan lagi gubahan, pilihan dedaun seperti thalspi, pittosporum, Italian ruscus dan hypericum berry memberikan rona hijau dan membangkit kontras.
Slide untuk lihat gambar.