Hilangnya Permata Seni Bina Zaha Hadid

Hilangnya Permata Seni Bina Zaha Hadid

Oleh: Shahril Hadi Halim

 

T25433562_2MZaha Hadid. Gambar: TPGVIP

 
Lewat malam (waktu tempatan) saat menjelang bulan April 2016, kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang arkitek tersohor, Dame Zaha Hadid akibat serangan jantung pada usia 65 tahun. Arkitek yang terkenal dengan sentuhan memukau dan tersendiri ini dikhabarkan sedang menjalani rawatan untuk penyakit bronchitis yang dihidapinya di salah sebuah hospital di Miami.
 
Mengimbau kembali sejarah mengenai arkitek yang sering hadir dalam gaya deconstructivism buat projeknya ini, beliau dilahirkan di kota Baghdad, Iraq dan mendapat pendidikan di Universiti Amerika di Beirut, Lubnan dalam bidang Matematik sebelum melancarkan kariernya dalam bidang seni bina di Architectural Association di London. Sentuhan terawlanya boleh dilihat pada Vitra Fire Station, Weil Am Rhein, pada tahun 1993.
 
Antara projek lain sentuhannya yang mendapat perhatian adalah Pusat Akuatik London terletak di Startford yang digunakan untuk acara Sukan Olimpik dan Paralimpik pada tahun 2014. Kini ia dibuka untuk kegunaan orang ramai. Pusat ini direka dengan menterjemahkan semula pukulan ombak dan menampilkan dua kolam renang bersaiz 50 meter dan sebuah kolam terjun dan selam.  Kolaborasi menarik bersama jenama fesyen Chanel yakni Mobile Art Chanel Contemporary Art Container yang dibawa menjelajah ke empat kota fesyen dunia adalah salah satu pilihan peribadi saya.
 
Kejayaan terbesar yang telah dirangkul adalah beliau dianugerahkan pingat emas oleh Royal Institute of British Architects (RIBA) untuk penghargaan di atas hasil kerjayanya selama ini. Dia merupakan penerima wanita pertama untuk anugerah ini. Menyorot katanya mengenai penganugerahan tersebut “Kini kita dapat melihat lebih banyak arkitek wanita bertapak dengan kukuh pada setiap masa. Tetapi ini tidak bermaksud ia merupakan sesuatu yang mudah. Kadangkala cabaran yang dihadapi sungguh besar. Banyak perubahan besar dapat dilihat kebelakangan ini dan kami mahu terus berkembang.”
 

See also
Jejaka Horologi Terhangat

[soliloquy id="45975"]