GLAM Deko Trend – Sensasi Romantis Lilin Wangian
Khusus buat anda yang gemar menggunakan lilin haruman untuk mencipta kediaman yang mempersona dan elegan, lilin wangi edisi terhad oleh Tish yang berkolaborasi bersama jenama tempatan, Quirky by Design oleh Joanna Chia. Rekaan khas pada pembungkusan eksklusif menampilkan gabungan teknik warna air dan digital serta kaligrafi membawakan gaya anggun. Esen yang dipilih bagi haruman A La Rose adalah burgundy rose bersama nuansa flora segar putih, yang digabungkan bersama kasturi dan apple wood - menterjemahkan rasa feminin yang dominan.
0 Comments