GLAM Deko Trend - Cetakan Ikonik Dolce & Gabbana buat SMEG - Glam Malaysia

GLAM Deko Trend – Cetakan Ikonik Dolce & Gabbana buat SMEG

 

Memilih tema Sicily is my Love, kolaborasi antara jenama Dolce & Gabbana bersama peralatan elektrik terkenal SMEG membawakan seleksi perkakasan dapur yang ceria dengan balutan paten-paten rona terang untuk menghiasi kediaman anda.  Jika tahun lalu menyaksikan jenama ini hadir dengan rekaan untuk peti sejuk, kini mereka membawakan pula produk lain yang turut dihiasi oleh cetakan signatur pentas peragaan yang sememangnya memikat pencinta fesyen dan dekorasi di seluruh pelusuk dunia.

 

Alat pembakar roti, pemerah jus sitrus, cerek elektrik, pengisar makan, pengadun juga pemerah jus secara perlahan (slow juicer) dihias indah dengan gabungan motif lemon kuning keemasan, buah-buahan sitrus, pir juga ceri merah yang merupakan dekorasi tipikal rakyat Sicily yang dibingkaikan dalam bingkai segi tiga yang dikenali sebagai crocchi. Lebih menarik lagi dengan motif flora yang diinspirasikan daripada pesisir pantai dan lanskap dari selatan Itali dan pemandangan indah Gunung Etna.

 

Sicily merupakan tempat asal kedua pereka buat jenama Dolce & Gabbana yakni Domenico Dolce dan Stefano Gabbana. Bagi Smeg pula, Itali merupakan lokasi penghasilan antara menu-menu terbaik dunia menjadikan jenama ini lebih rapat dan berkongsi persamaan dengan motif yang dipilih oleh kedua pereka Dolce & Gabbana ini.

See also
10 Soalan Bersama Datuk Nurulhidayah

 

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mesin pembakar roti