GLAM Deko Tips - 10 Barangan Perlu Dibuang di Kamar Tidur - Glam Malaysia

GLAM Deko Tips – 10 Barangan Perlu Dibuang di Kamar Tidur

Sememangnya perkara yang sukar untuk dilepaskan. Tetapi untuk nafas baru, anda harus memilih dan melihat semula keadaan kamar beradu agar tidak berubah menjadi stor kedua! Katakan hello kepada tidur lena, mimpi indah!

 

 

  1. Bantal Yang Sudah Tidak Empuk

 

Lipat dua bantal dan jika bantal tidak melantun balik, sudah tiba masanya untuk bantal yang baru! Ini menjamin tidur lebih selesa.

 

 

2. Barangan Berselerak

 

Di sebalik longgokkan baju dan barang-barang di atas meja solek itu, pasti ada yang tidak lagi digunakan. Buang segera semua sampah, nota-nota kecil atau resit-resit yang bersepah di atas lantai. Bilik tidur yang semak membuatkan penghuni berasa resah dan tidur yang tidak cukup.

 

 

3. Buku

 

Kemaskini rak buku anda. Pastikan buku-buku yang telah dibaca disimpan di dalam kotak dan bukan lagi di atas rak buku. Ini memastikan rak buku sentiasa up-to-date dan tidak kelihatan semak.

See also
Datin X: Suami Curang dengan Anak Tiri Sendiri

 

 

4. Baju Terpakai

 

Asingkan segala jenis baju yang sudah tidak digunakan lagi. Lihat dan kaji closet anda. Ambil helaian baju yang paling bawah atau dalam sekali untuk dibuang. Ini menandakan baju itu sudah tidak dipakai lagi.

 

 

5. Makeup Lama

 

Buang segala gincu, pelembap bibir, pewarna pipi jika sudah tidak lagi digunakan. Kesemua barangan solekan mempunyai tarikh luput tertentu.

 

 

6. Gajet Lama

 

Telefon bimbit yang sudah berusia 10 tahun, komputer riba, gajet-gajet lama yang mungkin sudah tidak boleh dihidupkan lagi. Get rid of it!

 

 

7. Bakul Baju

 

Selain menyemakkan pandangan, bakul baju letaknya di kawasan dobi.

 

 

8. Si Manja

 

Kajian menunjukkan sebanyak 30 peratus penghuni yang tidur bersama haiwan peliharaan mendapat tidur tidak berkualiti.

 

 

9. Timbunan Majalah

 

Selesai baca, kitar semula!

 

 

10. Telefon Bimbit

 

Jangan sesekali membawa masuk telefon bimbit di kamar beradu. Ini mengganggu anda mendapat tidur sempurna. Gunakan jam loceng sebagai penggera jika perlu.

See also
GLAM DEKO: The Fine Touch