GLAM Deko Diari - Aroma Antonio Banderas - Glam Malaysia

GLAM Deko Diari – Aroma Antonio Banderas

Antonio Banderas untuk Starlite Shop

 

Jarang-jarang sekali kita dengar selebriti lelaki yang mahu tampil dengan rangkaian produk untuk kediaman melainkan jika mereka mempunyai latar belakang rekaan sama ada fesyen mahupun hiasan dalaman. Terbaru Antonio Banderas hadir dengan rangkaian lilin haruman kediaman yang turut menenami produk lain di bawah namanya seperti kaca mata, sarung telefon bimbit, dompet juga pen.  Jika sebelum ini dia lebih dikenali dengan perkongsian bakat melalui layar perak seperti filem  Mask Of Zorro, Spy Kids dan Interview with Vampire, kali ini dia disunting oleh sebuah jenama berpangkalan di Sepanyol yakni Starlite dalam menghasilkan produk di bawah jenamanya sendiri.
Dibuat menggunakan 100% cecair lilin berasaskan tumbuhan, ia mengambil inspirasi dari tempat asal kelahiran bintang popular ini iaitu kepulauan Mediteranean. Cintanya pada persisiran pantai khususnya Iberian Peninsula yang Sepanyol dikumpul untuk menghasilkan aroma pilihannya ini juga memori membesar bersama batu-batuan kecil yang menghiasi pantai-pantai di kepulauan Mediteranean ini.
Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman sesawang Starlite untuk rangkaian penuh milik aktor ini.

Lilin haruman jenama Antonio Banderas