Elemen Segar Buat Sudut Tersendiri - Glam Malaysia
Elemen Segar Buat Sudut Tersendiri

Elemen Segar Buat Sudut Tersendiri

Tiada elemen yang segar dan lebih chic setanding kesegaran bunga buat hiasan di meja anda. Walaubagaimanapun, pemilihan hiasan bunga kini ternyata lebih subjektif dengan estetik yang lebih moden. Jika sebelum ini, ramai menggemarkan stail gubahan seperti bouquet atau bilangan kuntum yang lebih banyak. Kini aplikasi less is more adalah sesuatu yang lebih artistik dalam prinsip reka bentuk bunga. Terdapat beberapa faktor dalam penghasilan gubahan bunga, tentu sekali ia terpulang kepada kreativiti masing-masing dalam menghasilkan sesuatu karya.

Faktor seperti pemilihan bunga, sinaran warna, dominasi setiap kuntuman dan juga irama penggubahan – adalah sesuatu yang dititikberatkan dalam seni penggubahan bunga. Setiap jenis bunga membawa makna atau simbol yang berlainan. Seperti sejambak bunga mawar yang mendatangkan perasaan cinta, atau bunga lili di antara bunga yang paling aromatik dengan aroma manis dan segar, lantas menjadikan susunan ceria untuk perasaan lebih bertenaga. Gabungan dari segi warna hangat dan sejuk – dapat memberikan daya tarikan serta memainkan peranan yang penting dalam sentuhan kontras unik. Apa sahaja pilihan, ternyata bunga-bunga eksotik ini menenangkan deria dengan kelopak yang elegan dan warna-warna cerah.

See also
Restoran Utara Di Armada Hotel, Serlah Ruang Dalaman Lebih Santai

Lihat Instagram florists lokal di sekitar Kuala Lumpur:

Fleuri Flowers

Bloom This

Quince KL

Mekar My

Floristika Official

Cover Photo by Nicolette Meade on Unsplash