Fokus - Pilihan Arkib Tekstil - Page 3 of 5 - Glam Malaysia

Fokus – Pilihan Arkib Tekstil

Ramai yang masih mengambil mudah pilihan jenis dan material fabrik untuk kediaman. Fabrik untuk kediaman perlu bersifat lembut, selesa dan tahan lama. Seiring zaman, kewujudan pelbagai rekaan dan mutu fabrik boleh diguna pakai untuk kemasan perabot, kemasan lembut termasuk sarung kusyen, cadar dan langsir.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

CORAK ETNIK

Suntikan sedikit kebudayaan dan etnik luar mahupun tempatan untuk ritma dekor berbeza. Revolusi moden membawakan corak etnik yang lebih minimal dalam padanan warna-warna pastel dan tidak keterlaluan. Corak batik, songket, tenun, ikat, tempua, Jawa dan Afrika antaranya telah dimodenkan dalam garis geometri ringkas agar lebih mudah disuai padan dan praktikal untuk gaya hidup masyarakat urban. Ini adalah satu semangat patriotisme paling berseni dan halus untuk diterapkan di kediaman.

Tip Penting

  1. Lakukan pertembungan corak, multi rona pada pilihan sarung kusyen untuk impak terkesan di ruang tamu.
  2. Pilihan warna pastel atau pop terang tidak menjadi masalah, jika tahu menyuai padan agar pandangan tidak semak dan keterlaluan.
  3. Fabrik kapas linen atau kapas sutera yang sering menjadi asas material untuk cetakan corak jenis ini kerana ketahanannya.
  4. Padanan ajnas corak boleh dilakukan pada rekaan sarung kusyen, aksesori meja dan fabrik perabot agar ruang tidak dilihat sarat.