Barisan insan berpengaruh membantu menetapkan gaya dan trend dunia dekorasi sebagai inspirasi dan panduan untuk para pengguna. Setiap mereka mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri.
Use your ← → (arrow) keys to browse
Tricia Guild
Jenama Designers Guild oleh Tricia ini merupakan antara pilihan utama dalam kemasan lembut untuk kediaman hari ini. Setiap musim ia hadir dalam pelbagai gaya dan inspirasi yang mengikut peredaran dan tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa dia antara trendsetter untuk dunia dekorasi. Di Malaysia, seleksi jenama ini boleh anda pilih di Janine. Menariknya Designers Guild tidak hanya menghasilkan seleksi di bawah jenamanya, mereka turut hadir dengan kolaborasi yang menggabungkan beberapa jenama lain seperti jenama fesyen yakni Christian Lacroix juga Ralph Lauren dengan menterjemahkan identiti jenama dan disesuaikan dengan penggunaan kemasan lembut buat melengkapi ruang kediaman. Ini termasuklah kertas dinding, fabrik untuk sofa dan kusyen juga fabrik untuk langsir.