Elemen – Teknik Tenunan Jacquard
Fabrik jacquard terhasil daripada teknik tenunan corak terus ke dalam permukaan fabrik. Corak damask, flora, geometri, bulu haiwan antara yang sering menjadi motif fabrik jacquard. Fabrik kapas tebal, fabrik termudah untuk ditenun membentuk paten rekaan selain tahan untuk kegunaan lasak.
Fabrik jacquard bersifat sensitif, jika terkena kotoran bertompok atau basah, jangan sesekali merendam fabrik. Cukup sekadar gosok atau berus permukaan terkena kotoran hingga pudar.
0 Comments