Destinasi - Robinsons di The Shoppes at Four Season Place - Page 4 of 7 - Glam Malaysia

Destinasi – Robinsons di The Shoppes at Four Season Place

Gedung serbaneka semestinya antara pilihan untuk membeli-belah kerana pilihan produk yang memenuhi pelbagai gaya hidup berbeza untuk memudahkan urusan seharian. Jenama Robinsons tidak asing lagi buat rakyat Malaysia dengan pembukaan ruang pamer pertama di The Gardens dan kini mereka telah membuka ruang pamer kedua di Kuala Lumpur yang terletak strategik di tengah ibu kota. Pilihan yang menggabungkan seleksi lokal dan antarabangsa menjadikan mengapa ramai memilih untuk berbelanja di sini.

 

Khusus buat yang menggemari seleksi jenama terkenal, aras tiga di pusat beli belah ini membawakan seleksi istimewa dan eksklusif. Rangkaian produk menyeluruh seperti cadar, tilam, aksesori perhiasan, haruman kediaman juga kelengkapan kediaman dengan pilihan terkini dan mewah tersedia untuk anda bawa pulang.

 

Pilih antara John Lewis, Roberto Cavalli, Orla Kiely, Smeg juga Tom Dixon untuk kediaman yang lebih bergaya dan sarat pilihan produk serta perabot yang mencipta gaya tersendiri. Manakala di tingkat lain, anda turut boleh mendapatkan pelbagai jenama fesyen juga kecantikan lelaki dan wanita dalam pelbagai jenama tempatan dan jenama mewah.

 

Lokasi terbaru Robinsons Kuala Lumpur terletak di Shoppes at Four Seasons Place, bersebelahan mercu tanda segi tiga emas, Menara Berkembar Petronas. Berlokasi di Jalan Ampang dengan akses mudah melalui LRT dan pemanduan sendiri.

 

Slide untuk lihat gambar. 

4 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse