Anak kecil sentiasa lincah dan aktif. Dekorasi ruang kediaman anda perlu menepati ciri-ciri keselamatan buat si kecil agar mereka bebas bermain tanpa sebarang kecederaan. Berikut idea keselamatan buat si kecil di rumah.
– Pastikan soket anda bertutup untuk mengelakkan anak-anak bermain dengan punca kuasa elektrik.
– Pilih perabot yang tidak berbucu tajam selain menggunakan cat dan bahan bebas toksik.
– Gunakan almari berlaci yang menggunakan sistem pintu tanpa pemegang untuk mengelakkan dari jari mereka tersepit.
-Periksa jenis lantai anda sama ada licin atau tidak. Lantai licin akan lebih berisiko untuk jatuh dan pastikan pilihan karpet yang bersesuaian.