Bicara Deko - Rona Pilihan Dulux 2018 - Glam Malaysia

Bicara Deko – Rona Pilihan Dulux 2018

 

Seperti kebiasaan pada setiap awal tahun , pelbagai jenama hadir membawakan jangkaan trend yang bakal hangat untuk tahun mendatang. Buat GLAM Deko, Dulux merupakan antara yang sering mengemaskini kami mengenai trend warna yang dinamakan sebagai Colour Futures juga Colour Of The Year 2018. Heleen van Gent yang merupakan Pengarah Kreatif buat AkzoNobel / Dulux Global Aesthetic Centre meluangkan sedikit masanya untuk berbicara dengan kami.

 

Heleen Van Gent, Pengarah Kreatif buat AkzoNobel / Dulux Global Aesthetic Centre

 

1. Bolehkah anda kongsikan bersama kami mengenai proses dan karakter yang menjadikan pemilihan warna yang dinamakan Heart Wood sebagai Colour of the Year (COTY) 2018?

Heart Wood is a subtle and warm, grown-up pink that embodies comfort and ease, inspired by the warm tones of leather and wood.

Berdasarkan kajian yang kami jalankan di Pusat Estetik Global Akzonobel telah menemui peningkatan setiap hari kita tidak dapat mengagak apa yang bakal menjadi berita hangat. Kita mempunyai akses yang lebih kepada informasi dan lebih pilihan jika dibandingkan dengan sebelum ini, semestinya dengan jangkaan yang lebih tinggi dan tuntutan lebih terhadap masa. Lantas ia memerlukan kita untuk memiliki kediaman yang memberikan rasa selesa, sesuai untuk kita membawa tetamu juga tempat untuk kita bermain.

See also
Diari Deko - Wajah Baru Harvey Norman di IPC Mutiara Damansara

Pilihan Colour of the Year kami tahun ini adalah rona tunggal yang merujuk kepada suatu warna khusus yang berjaya menangkap mood pada ketika ini. Ia adalah sebahagian dari palet warna indah yang sesuai digunanakan untuk mencipta ‘A Welcome Home’ – tempat istirehat yang mampu menghindarkan hiruk pikuk sekeliling, untuk memelihara nilai juga mengecas kembali diri, jauh dari dunia hari ini yang penuh dengan ketidaktentuan.

 

 2. Apakah mesej yang ingin Dulux sampaikan kepada pemilik kediaman dengan pemilihan warna ini?

Heart Wood dalam padanan warna berbeza memberikan anda kediaman yang sama ada nyaman, menggembirakan atau menarik. Ia adalah pilihan  yang tepat jika anda mencari keseimbangan dalam kehidupan hari ini. Ia warna bersifat versatil dan harmoni yang memberikan kehangatan pada ruang tamu, dapur, kamar beradu juga buat kamar si kecil.

Ia menjadikan dinding terlihat indah dan memberikan nafas kehidupan pada kediaman anda.

 

3. Selain dari penggunaan melalui cat, apakah teknik lain membawakan warna ini di dalam kediaman?

See also
Siti Saleha Tidak Mahu Hanya Bergantung Pada Satu Filem

Biarpun kami merupakan pakar dalam cat, tetapi anda turut boleh mencuba untuk membawakan warna ini melalui perhiasan dalaman seperti kusyen dan aksesori kecil. Padanan kayu, kulit, dan objek metalik hangat membangkit segalanya menjadi lebih berseri.

 

4. Warna merah jambu sering dikaitkan sebagai warna yang bersifat feminin, bolehkah anda kongsikan sedikit tip untuk mengelakkan persepsi tipikal dalam suai padan  serta menjadikan warna ini terlihat lebih kepada ton neutral? 

 

Ini merupakan keunikkan mengenai warna yang kami gelarkan Heart Wood,  oleh kerana sifatnya yang versatil bergantung kepada padanan warna yang mejadi pilihan anda. Ia mempunyai pelbagai wajah. Layari laman sesawang Dulux atau brosur di ruang pamer. Heart Wood boleh menjadi feminin, playful juga maskulin. Saksikan imej ruang berbeza sebagai inspirasi buat anda.

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Inspirasi Ruang Tamu