Bicara Deko - Bersama Dominik Fruth, Pengarah Urusan Hafele - Page 7 of 8 - Glam Malaysia

Bicara Deko – Bersama Dominik Fruth, Pengarah Urusan Hafele

Hafele hadir dengan pelbagai solusi bijak bagi menyempurnakan gaya hidup selesa dan bergaya. Shahril Hadi Halim (Penulis Kanan GLAM Deko), duduk bersama Dominik Fruth, Pengarah Urusan berkongsi mengenai visi jenama ini.

 

w 163

 

  1. Perkara terbaru mengenai Hafele

 

Jika sebelum ini kami banyak mengkhususkan pasaran produk kepada pasaran projek dan profesional, kini  kami mahu turut menawarkan pilihan buat pengguna peribadi. Untuk memenuhi kehendak pasaran, kami dalam perancangan melengkapi laman sesawang yang lebih mesra pengguna selain memudahkan pengguna memahami dan membina kelengkapan kediaman mengikut keperluan. Bagi membantu melancarkan lagi proses urusniaga buat pelanggan persendirian, kami turut melantik beberapa rakan niaga yang kami panggil sebagai studio partners untuk menawarkan seleksi produk rangkaian Hafele.

 

 

  1. Mengapa memilih ruang dapur dan ruang persalinan sebagai fokus utama perniagaan anda untuk pasaran Malaysia?

 

Apa yang boleh saya katakan, ia bertujuan untuk memenuhi kehendak pasaran. Kami merasakan kami mempunyai latar belakang yang bagus pada pelanggan yang sedia ada yakni mereka yang profesional seperti arkitek dan pereka dalaman. Manakala pemilik kediaman secara peribadinya kurang diberi fokus sebelum ini lantas inilah peluang terbaik untuk kami berkongsi ilham pada mereka.  Dengan itu kami memilih elemen pergerakkan berbanding memberi penekanan kepada teknologi, inovasi dan aspek teknikal.

 

  1. Adakah anda percaya kepada trend? Bagaimana ia mempengaruhi Hafele dalam menghasilkan rekaan produk?

 

Untuk kami trend terbahagi kepada dua. Contohnya aksesori kecil seperti pemegang, warna, dan kemasan yang kami anggap sebagai trend kecil. Kami mengumpulkan input dan juga berkongsi mengenainya menerusi seminar-seminar yang dianjurkan di dalam dan luar negara. Bahagian kedua kami namakan sebagai Mega Trend. Urbanisasi merupakan salah satu trend utama yang mengambil tempat ketika ini. Orang semakin ramai berhijrah ke bandar besar, tanpa kita sedari ia mengakibatkan ruang yang ditawarkan semakin mengecil. Oleh kerana itu, kita perlu menjadi lebih bijak dalam merencana dan merancang penggunaan ruang yang sudah terhad ini.

 

  1. Perkara yang sering diabaikan oleh pemilik kediaman tatkala membina dapur atau kabinet persalinan.

 

Pencahayaan adalah elemen utama yang sering terlepas pandang dalam merangka kabinet pada dapur dan ruang persalinan.  Tanpa pencahayaan yang tepat dan baik ia bagaikan kurang menyerlah. Pencahayaan yang bagus dapat menyerlahkan susun atur dan memudahkan pemilihan produk yang hendak digunakan. Untuk itu apa yang kami tawarkan adalah pendekatan lebih mudah difahami mengenai konsep dalam membina kedua ruang ini menjadikan pengguna dapat memahami keperluan untuk meletakkan sesuatu aksesori dan kelengkapan pada ruang tersebut.

7 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

w 79