9 Restoran & Kafe Selebriti Terkenal - Glam Malaysia

9 Restoran & Kafe Selebriti Terkenal

ru

 

  1. Kopi XOXO, Nora Danish

Dimiliki oleh Nora Danish, cawangan pertama Kopi XOXO dibuka di Bangsar, Jalan Telawi. Walaupun lokasi yang strategik dan mendapat sambutan ramai, atas sebab masalah dalaman, Nora menutup cawangan Bangsar dan membuka dua lagi cawangan di TTDI dan Paragon Point, Bangi. Kopi XOXO terkenal dengan hidangan nasi bubur Betty dan Pisang Gorpis. Sentiasa full house, ramai juga yang mengambil kesempatan untuk singgah ke butik Nora bersebelahan café.

 

born-bread-kl

 

2. Born & Bread KL, Diana Danielle

Berkonsepkan sandwich and coffee, Diana juga mengetengahkan cara “pay it forward.” Pelanggan perlu membuat bayaran terlebih dahulu sebaik selesai membuat pesanan. Selain sandwich, aneka pasta termasuk Aglio Olio, Vongole memuaskan tekak penggemar masakan Itali. Bahn Mi Sandwich, Chicken Sandwich, Salt Cured Beef Sandwich, antara sandwich mesti  cuba. Born & Bread KL  di 23 Jalan Tun Razak, Pekeliling

 

r

 

3. Rumah Kueh, Rita Rudaini

Menyajikan masakan Melayu Utara, barisan menu lauk pauk; Kari Sotong, Asam Pedas Ayam Perlis, Ikan Manggut, membuka selera tengahari. Hidangan sampingan seperti Laksa, Mee Sup Tut Tut juga ada. Jika berkelapangan, Rita Rudaini turun padang menyediakan sendiri menu masakan seperti goring pisang, aneka kuih muih, termasuklah bubur kacang dan bubur pulut hitam. Rumah Kueh di Sunway Nexis.

See also
Kulit Putih Cara Semula Jadi

 

love-me-seven-days

 

4. Love Me Seven Days, Elfira Loy

Seindah namanya, kafe ini mengangkat gaya Scandinavian. Selesa dan homey bagaikan berada di rumah apabila menjejak masuk, Love Me Seven Days menghidangkan makanan fusion untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Malah, anda juga boleh mengadakan majlis intim atau istimewa mengikut tema kesukaan. Love Me Seven Days, di Wisma Alam Damai.

 

the-canteen

 

5. The Canteen, Chef Adu Amran

Menggabungkan rasa kotemporari dan klasik sebagai teras menu The Canteen, Chef Adu Amran tidak gentar menggali asal usul masakan melayu asli untuk dinikmati semua. Laksa Johor, Mee Bandung menyerlahkan tanah tumpah Chef Adu, Johor. Jangan lepaskan peluang untuk merasai keenakan pencuci mulut, Kek Onde-Onde dan Brownies Pisang Salai. The Canteen berada di dalam bangunan Muzium Tekstil Nasional.

 

khadijah-s-kitchen

 

6. Khadijah’s Kitchen, Datuk Khatijah Ibrahim

Sememangnya gemar memasak, Khatijah pernah memiliki restoran di Petaling Jaya sebelum membuka Khadijah’s Kitchen di PV 128, Setapak ini. Masih mengekalkan konsep makanan sama, melayu kotemporari, antara menu mesti cuba  Laksa, Mee Goreng Jawa dan Mee Rebus.

See also
Pesona Shailene Woodley

 

sukasucre

 

7. SukaSucre Bistro, Datuk Fazley Yaacob

Kafe ini terkenal dengan masakan melayu Fusion, seperti Pasta Masak Lemak Daging Salai, Pasta Sambal Minang, Pasta Salteg Egg Yolk dan tentunya barisan pemanis mulut seperti kek dan macaron. Bagi yang berminat, Fazley turut mengadakan bengkel pastry dan masakan di kafe ini. SukaSucre Bistro, Jalan 2/90, Taman Pertama, Cheras.

 

kidz

 

8. Kidz & Crème, Aaron Aziz

One of the first kind kids friendly café in Malaysia! Kafe ini mengajurkan bengkel dan kelas pastry untuk kanak-kanak seawall 4 hingga 12 tahun. Malah, ruang khas kanak-kanak dibina di dalam kafe untuk bermain dan mempelajari mengenai dunia kulinari. Pasta, burger dan pencuci mulut, chocolate tart antara yang terkenal di sini.

 

bakso-monster

 

9. Bakso Monster, Jovian Mandagie

Hidangan tradisional Indonesia, tampil unik dan moden, dengan bebola daging lebih besar dan mampat. Anda boleh memilih jenis sup, protein dan karbohidrat untuk dinikmati. Malah, anda boleh menambah rasa dan kenikmatan bakso dengan sambal – sambal yang disediakan. Bakso Monster di Seksyen 7, Shah Alam.

See also
5 Ilham Dekorasi Untuk Ruang Tamu Lebih Luas. Ini Rahsianya!