6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia - Glam Malaysia

6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia

Jom ikuti GLAM Deko terokai kemegahan seni bina istana diraja dengan ketukangan serta landskap yang cukup mewah lagi menakjubkan di dunia!

Jika anda menyukai kemegahan seni bina dan kemegahan sejarah, anda pasti meminati untuk menerokai istana diraja yang indah di seluruh dunia. Daripada ruang istana yang luas dan tersegam indah, taman berhias, sehingga lah keratusan bilik, lantas memberikan gambaran yang menakjubkan dari masa lalu tentang kediaman diraja yang gah dan mengagumkan!

Enam Mahligai Istana Di Dunia Yang Mewah Lagi Indah

1. Istana Ak Saray, Turki

Foto: Getty Images

‘Ak Saray’ atau ‘Rumah Putih’ ialah istana baharu presiden Turki di ibu negara Ankara. Istana yang tersergam indah ini telah dimasukan dalam senarai Warisan Dunia UNESCO dan kekal sebagai monumen besar sehingga kini. Dengan nilai 663 juta dolar, Ak Saray dikategorikan sebagai antara istana yang termahal di dunia.

2. Istana Nurul Iman, Brunei

Foto: Getty Images

Istana Nurul Iman yang terletak di Brunei ini merupakan tempat bersemayam atau kediaman rasmi Sultan Brunei, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta kerusi kerajaan Brunei. Ruang kediaman diraja ini disenarai sebagai istana yang terbesar di dunia dengan ruang seluas 20,000 meter persegi, mempunyai 1,788 premis, 257 bilik bersiram, lima kolam renang dan masjid tersendiri yang memuatkan sehingga 1,500 orang. Memang terkenal dengan kekayaannya, Istana Nurul Iman ini dianggar mempunyai nilai sehingga 3.9 bilion dolar.

See also
Destinasi - Pancawarna Frankitas

3. Istana Buckingham, United Kingdom

Foto: Getty Images

Istana Buckingham adalah antara mahligai sangat popular di dunia yang telah menyaksikan lebih daripada 50,000 pengunjung setiap tahun. Kediaman diraja ini dinilai sehingga 7.2 bilion dolar dengan keluasan 40 ekar yang mempunyai 775 bilik mewah. Pada tahun 1820-an, Raja George menukar rumah Buckingham kepada istana dan Istana Buckingham ini telah berkhidmat sebagai kediaman diraja serta ibu pejabat pentadbiran raja sehingga kini.

4. Istana Winter, Rusia

Foto: Getty Images

Kini menjadi sebahagian daripada Muzium Hermitage, Istana Winter ini merupakan kediaman rasmi keluarga diraja Rusia suatu ketika dahulu. Mempunyai 1,500 bilik yang dihasi dengan gaya barok dan neoklasik, ianya penuh dengan khazanah-khazanah dunia. Secara keseluruhan, istana ini dianggar bernilai lebih daripada 6.44 bilion.

5. Istana Versailles, Perancis

Foto: Getty Images

Lambang kemewahan, Istana Versailles adalah salah satu mahligai yang paling mewah di dunia. Seni bina barok dan rococo menghiasi kediaman diraja ini serta menampilkan taman dan arca yang luas. Istana yang bernilai sehingga 50.7 bilion ini turut mempunyai sehingga 700 bilik termasuk ‘Hall of Mirrors’ yang menakjubkan.

See also
Tip Penjagaan Fabrik Di Kamar Beradu

6. Forbidden City, China

Foto: Getty Images

Merupakan permata mahkota di Beijing, Forbidden City ialah kediaman maharaja China yang sungguh gah serta kaya dengan warisan dan budaya. Namun, ia kini menjadi sebuah muzium yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1987. Kompleks mahligai ini terdiri daripada 980 bangunan yang diperbuat daripada kayu dengan suntikan gaya tradisional. Kediaman kepada lebih 24 maharaja ini turut diperkatakan mempunyai keluasan tiga kali lebih besar dari Istana Louvre, Perancis yang terdiri hampir 10,000 bilik. Forbidden City merupakan istana yang disenarai paling mahal di dunia dengan anggaran bernilai 69.66 bilion dolar!

Artikel Berkaitan: 15 Kediaman Selebriti Hollywood Yang Mewah lagi Unik