5 Lokasi Beli-Belah Produk Dekorasi Pilihan GD - Glam Malaysia

5 Lokasi Beli-Belah Produk Dekorasi Pilihan GD

Index Living Mall (7)

Ruang pamer landskap taman di IndexLiving Mall.

 

  1. AEON IndexLiving Mall, IOI Putrajaya

 

IndexLiving diuruskan Aeon Index Living Sdn Bhd berkeluasan 5,704 kaki persegi menawarkan barangan dekorasi dan perabot rumah. Berkonsepkan ‘Joy’ IndexLiving memfokuskan kepada harga berpatutan, rekaan terbaik, barisan jenama terkemuka dunia, serta kualiti tertinggi. Pelanggan boleh menikmati khidmat program ilustrasi tiga dimensi (3D) terkini – mewujudkan pandangan 360 darjah bagi membantu membina rumah idaman dalam tempoh 30 minit. Aeon Index Living Sdn Bhd turut melancarkan program ganjaran keahlian iaitu Joy Card membolehkan pelanggan mendapat pelbagai faedah termasuk jemputan istimewa untuk bengkel khas di samping mengutip mata ganjaran setiap kali membeli-belah di Indexliving Mall.

 

IndexLiving Mall di IOI City Mall, Putrajaya.

 

1044471_10151731893638115_500638646_n

Pengunjung dapat melihat dan menyentuh sendiri sambil berinspirasi di rumah pamer 3 tingkat Maju Home Concept.

 

2. Maju Home Concept Store, Subang Jaya

 

Berkeluasan 75, 000 kaki persegi, Maju Home Concept Store menawarkan pengalaman membeli-belah perabot dan barangan dekorasi rumah menarik dan unik! Ruang pamer dibina sempurna di dalam bangunan 3 tingkat ini mengikut kategori setiap ruang yang ada di kediaman; memberikan idea secara visual kepada pengunjung untuk menghias rumah. Bermula dari rangkaian sofa, almari, aksesori dinding, barangan dapur sehinggalah kemasan bilik air dan ruang landskap luar kediaman boleh didapati di sini.

See also
Minggu Fesyen Milan: Fendi Mengekalkan Elemen Minimal Untuk High Fashion

 

Maju Home Concept Store di Wisma LKT, Wisma LKT, PT35200, Persiaran Subang Damai, OFF LDP, 47670 Subang Jaya.

 

HomePro-display

HomePro menvisualisasikan setiap idea dekorasi mengikut kategori ruang kediaman.

3. HomePro

 

HomePro wujud sejak 1995, adalah destinasi dekorasi sesuai bagi penggemar teknik Do-It- Yourself (DIY) atau Buy-It-Yourself (BIY). HomePro menyediakan segala bahan mentah, perkakasan, barangan elektrik, lampu, jubin seramik, perabot, kemasan lembut dan aksesori perhiasan rumah di tapak seluas 100,000 kaki persegi. Terbahagi kepada tiga zon; Build It, Improve It dan Live It memudahkan pengunjung menguruskan dan memilih barangan belian berpandukan kategori sedia ada.

 

HomePro Malaysia di aras bawah, West Wing, IOI City Mall, Putrajaya.

 

221Harvey Norman turut menawarkan barangan elektrik dan elektronik.

4. Harvey Norman

 

Harvey Norman menghimpunkan bermacam jenis dan gaya perabot, aksesori dan tidak ketinggalan perkakasan dan kelengkapan rumah lain. Pelanggan juga boleh “Shop with Confidence,” kerana Harvey Norman memberikan jaminan harga terbaik, khidmat tempahan produk, penghantaran, pertukaran dan bayaran balik. Buat yang sedang mencari tilam untuk lena sempurna, Harvey Norman mengadakan The 12th Malaysian International Branded Bedding Fair 2016 bermula 26 April hingga 8 May ini di Harvey Norman, pusat beli-belah IPC, Mutiara Damansara.

See also
Kemunculan Semula Trend 90an!

 

Nov 2014 Pyramid_0008

Muji membariskan reka bentuk perabot moden organik dalam mainan palet neutal; hitam, putih, coklat cerah.

5. MUJI

 

Cawangan ke-4, Muji di Sunway Pyramid, dibina seluas 500 meter persegi. Berkonsepkan pusat sehenti gaya hidup urban, anda boleh mendapatkan semua keperluan untuk individu atau isi rumah bermula dari feysen, barangan bayi, kelengkapan tidur dan tentunya item dekorasi rumah. Menariknya, anda membeli-belah dalam atmosefra padang pasir, Mesir.

 

Muji di Sunway Pyramid.

 

Gambar daripada Google