5 Langkah Mudah Kamar Mandi Tanpa Cela

5 Langkah Mudah Kamar Mandi Tanpa Cela

LOOP_MY_ART_COUNTRY2_00A2_0902_Villeroy and BoschVilleroy & Boch

Hapus Sisa Sabun
Sisa sabun terkumpul punca pertumbuhan kulat dan bakteria. Jika tiada aktiviti pembersihan, tompokan hitam boleh menjadi sisa degil! Gunakan pancuran mandi bagi membersihkan sisa sabun sejurus selesai mandi. Bersihkan tirai kamar mandi apabila tompokan hitam mula kelihatan.

Delos3Siri Delos daripada Duravit

Rak
Hadapi kenyataan bahawa anda tidak mungkin menggunakan produk mandian bersaiz mini. Antara pelaburan berbaloi tentunya unit rak. Anda boleh menyusun atur semua produk mandian dan kecantikan mengikut skala penggunaa di sini. Pilih rak jaringan atau berlubang dan berpintu bagi mengelakkan air bertakung.

0105532_PE252925_S5Rekaan caddies daripada IKEA

Aksesori Rak atau Kaunter
Aksesori caddies adalah pilihan tepat! Caddies boleh digantung di atas rak tandas atau bawah singki. Kaunter sinki hanya boleh ditinggalkan sabun tangan wangi antibakteria.

Pencuci Mangkuk Tandas
Kunci penjagaan tandas adalah memastikan bahagian mangkuk tandas bersih. Langkah mudah dan praktikal, pasangkan pencuci mangkuk tandas untuk pembersihan berterusan tanpa sebarang usaha. Ini membantu meringankan beban apabila mencuci tandas berkala.

See also
Di Sebalik Tabir Gaun Perkahwinan Aktres Korea Selatan Song Hye-Kyo

bisazza-bagno-the-hayon-collection-14Koleksi Hayon, Bisazza Bagno

Refleksi Sempurna

Aktiviti wajib di kamar mandi tentunya membelek wajah muka dan gigi. Pastikan anda membersihkan sisa kotoran yang terpercik di sekitar cermin sebaik selesai aktiviti memicit jerawat dan memberus gigi. Cermin yang bersih adalah titik tumpuan dan cara paling efektif untuk membuatkan kamar mandi kelihatan segar bersinar.