5 Idea Untuk Ruang Solekan

5 Idea Untuk Ruang Solekan

MakeupGambar: Ingimage

 
1. Bermain dengan tekstur pada ruang ini.
Gabungan pelbagai elemen mampu menciptakan karakter tersendiri pada ruang bersolek anda. Elemen seperti kaca (botol haruman & dulang hiasan), metal (bekas simpanan & kaki meja), kemasan lembut ( kertas dinding, ambal dan fabrik membaluti bangku) dan kayu (meja & bingkai cermin) yang disuai padan dengan menarik memberi wajah berbeza buat pojok ini selain turut bertindak sebagai aksesori ruang.
 
2. Gabungan ruang inspirasi.
Kita sememangnya banyak terinspirasi apabila melihat kepada visual-visual menarik selain ia turut berfungsi sebagai alat hiasan yang indah. Gabungan seperti buku, gambar berbingkai wajah selebriti anggun jelita mampu memperindah ruang solekan anda. Bina para khusus untuk meletakkan hiasan begini atau jika meja solek anda brsaiz besar, letakkanya di satu penjuru.
 
3. Bunga penyegar suasana.
Bungaan segar tidak hanya memberi aura menarik pada ruang, ia turut menyuntik warna mengikut pilihan anda. Tambah menarik lagi apabila bunga pilihan anda menebarkan aroma indah yang menemani anda saat berdandan.
 
4. Cipta ruang galeri.
Jika kamar beradu anda sudah mempunyai dinding yang dikhususkan sebagai ruang yang merangkumkan segala kenangan anda, ambil nafas dari ruang itu contohnya mnemilih cermin berbingkai yang seakan serupa dengan bingkai gambar pilihan anda.
 
5. Jadikannya multi fungsi.
Tidak dinafikan kebanyakkan kediaman hari ini mempunyai ruang terhad untuk anda menciptaka pelbagai pojok pilihan yang berkenan di dalam hati. Satukan ruang dandanan anda bersama ruang lain seperti ruang membaca atau ruang menulis dengan menggantikan kerusi atau meltakkan lampu meja pada ruang ini saat ia berubah fungsi.
 
 

See also
Kediaman - Simfoni Dekorasi