5 Destinasi Wajib Di Lombok - Glam Malaysia

5 Destinasi Wajib Di Lombok

Terkenal dengan budaya penculikan anak orang untuk dikahwini (untuk suku Sasak), kepulauan Lombok, Indonesia kini menjadi destinasi wisata indah untuk diterokai. Jika anda ke Lombok jangan lupa singgah ke  beberapa pantai dan air terjun tercantik ini.

 

15042396445_05ecb143d5_b

 

  1. Buaian Pantai

Ada beberapa pantai di Lombok yang memiliki buaian pantai ini antaranya Pantai Tanjung Aan dan Gili Trawangan. Buaian pantai paling dikenali ialah di Hotel Ombak Sunset di Gili Trawangan. Waktu paling menarik untuk berfoto tentunya apabila matahari terbit dan terbenam. Jangan terkejut kerana pada waktu puncak pengunjung harus beratur untuk bergambar dan jurugambar profesional turut disediakan.

 

pantai kuta lombok

2. Pantai Kuta

Pantai pasir putih ini membolehkan pengunjung melakukan aktiviti air; berenang, snorkeling, bermain banana boat ataupun menunggang jet ski. Jarak antara Pantai Kuta dan lapangan terbang Lombok sekitar 20 km dan 56 km jika anda daripada Mantaram.

 

wpid-21-08-41-benang-kelambu-waterfall-3-jpg

3. Air Terjun Benang Kelambu

Cukup mengagumkan melihat deraian air jatuh di celah-celah juntaian pepohon hutan setinggi 30 meter. Pengunjung perlu berjalan kaki kira-kira 30 minit untuk sampai ke puncak air terjun. Air Terjun Benang Kelambu berada dalam jarak 30 km daripada Mantaram.

See also
Datin X: Anak Muda Kini Semakin Bersikap Terbuka

 

maxresdefault

4. Gunung Rinjani

Bagi pendaki tegar, gunung kedua tertinggi di Indonesia wajib anda tawan. Pendaki boleh memilih dua trek pendakian bermula di Desa Senaru atau Desa Sembalun. Pendakian lengkap hingga ke puncak boleh memakan masa 4 hingga 5 hari. Selesai pendakian, selalunya akan singgah Danau Segera Anak untuk melihat kebiruan air danau seperti air laut di pinggir gunung-ganang.

 

gili_trawangan1

5. Gili Trawangan.

Gili paling terkenal selepas Gili Meno dan Gili Air. Gili Trawangan memiliki pantai tercantik dengan butiran pasir memutih dan air laut membiru. Selain bersantai anda boleh melakukan aktiviti air di sini antaranya snorkeling atau diving. Untuk menuju ke Gili Trawangan anda boleh menaiki bot laju atau bot awam dari jeti di Mantaram.