Aplikasi ini membantu menvisualkan suasana sebenar apabila bertukar warna dinding di rumah. Hanya ambil gambar dinding yang ingin dicat, pilih spektrum warna daripada palet Dulux. Imej di skrin telefon akan bertukar kepada warna yang telah anda pilih tadi.
Magpie by Conran
Sama seperti Pininterest – yang memerlukan anda mengumpul foto-foto inspirasi untuk dijadikan moodboard. Namakan file Magpie, masukkan koleksi foto, video dan nota bergantung kepada konsep dan tema yang diingini. Eksport semua koleksi foto dan video tadi dalam bentuk PDF, cetak keluar dan tampal di atas moodboard!
Roomle
Direka khas untuk pereka bentuk dalaman profesional. Aplikasi ini membantu menvisualkan sesebuah ruang dalam bentuk 2D sebelum ditukar kepada 3D. Anda hanya perlu melakar reka pelan ruang, masukkan elemen yang diingini; reka bentuk tingkap, pintu. Kemudian, penuhkan ruang dengan perabot pilihan. Roomle menyenaraikan pelbagai jenis bentuk dan rekaan perabot dan aksesori.
Aplikasi dibina berasaskan laman web dekorasi terkenal Amerika, remodelista.com. Memberi akses penuh mengenai berita terkini industri reka bentuk, imej inspirasi dan projek hartanah. Lihat idea kerja-kerja DIY menarik, temubual bersama pereka terkenal dan ruang galeri memberikan inspirasi dekorasi untuk semua ruang yang ada di rumah.
Design Sponge
Dicipta oleh blogger Amerika, Grace Bonney, anda dapat melihat kerja – kerja sebelum dan selepas proses makeover, koleksi gambar hias dalaman kediaman menarik seluruh dunia dan projek – projek DIY.