Budaya membaca sememangnya semakin menipis di kalangan masyarakat tempatan kita hari ini. Bagi mereka semua yang perlu diketahui berada di hujung jari, gajet! Pupuk budaya membaca bermula dari rumah, biarpun hanya dipenuhi koleksi majalah berbentuk hiburan, kecantikan atau sekadar komik. Tidak perlu mendedikasikan satu bilik khusus untuk binaan rak, pereka dunia berusaha memerah idea agar ruang bacaan ini boleh dibina bersekali ruang lain termasuk, ruang tamu, ruang makan dan kamar beradu!